PRESIDEN & NAIB CANSELOR RAI KAKITANGAN DAN PELAJAR DI IFTAR UNISEL 2022

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini hadir berbuka puasa bersama-sama kakitangan dan mahasiswa di Masjid UNISEL Kampus Bestari.
 
Majlis yang dihadiri oleh kakitangan dan pelajar dari Bestari Jaya dan Shah Alam ini merupakan acara tahunan universiti bagi mengimarahkan lagi kedatangan bulan Ramadan yang disambut oleh warga UNISEL yang beragama Islam selain merapatkan lagi hubungan dalam kalangan warga universiti.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, tahun ini menjadi tahun yang amat istimewa setelah dua tahun tidak dapat menganjurkan aktiviti keraian seperti majlis berbuka puasa akibat penularan wabak Covid-19.
 
“Kita mengambil peluang daripada kelonggaran SOP ini untuk berkumpul bersama-sama bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti keagamaam. Ini juga menjadi aktiviti wajib agar nilai kekeluarga dalam kalangan warga universiti sentiasa utuh,” ujar beliau.
 
Program Iftar yang bermula pada jam 6.00 petang itu disemarakkan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Ab. Razak Aripin, Pengarah Pusat Islam UNISEL kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa disusuli dengan solat terawikh berjemaah dan Gempur Subuh yang dijangka berlangsung pada jam 4.00 pagi, 22 April 2022.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
21 April 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi