PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERINGKAT PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN 2022

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Majlis Buku Kanak-Kanak Malaysia (MBBY) dan Yayasan ZuriatCARE mengadakan Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan 2022.
 
Program yang berlangsung di LT2 UNISEL Kampus Shah Alam itu disertai oleh lebih 150 peserta terdiri daripada kakitangan UNISEL, pelajar Kolej Universiti MAIWP dan wakil-wakil badan bukan kerajaan.
 
Program dimulai dengan forum bertajuk “Bahan Bacaan dan Sokongan untuk Kanak-Kanak Istimewa” yang disampaikan oleh panel-panel iaitu Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin, Presiden MBBY, Ts. Dr. Latifah Abd Latif, Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) serta Nor Aziyana Abd Rahman, Pensyarah FCVAC bersama moderator Norazly Nordin, Pensyarah Universiti Antarabangsa Albukhary.
 
Forum kedua iaitu “Kesihatan Mental: Antara Persepsi dengan Realiti” pula disampaikan oleh Dr Syuhaida Abdul Razak, Pakar Psikiatri Hospital Shah Alam, Wany Ardy, Penulis dan Aktivis yang juga merupakan Pengasas MRKH Malaysia serta Mosyuki Borhan, Pengarah Urusan Rumah Ripta bersama moderator Alia Ali, Pengerusi Yayasan ZuriatCARE.
 
Majlis diteruskan dengan Perasmian Penutupan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor UNISEL.
 
Turut hadir, Puan Rodziah Md Yunus, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Hafiz Abdul Rahim, Ketua Perpustakaan UNISEL dan barisan
pengurusan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
15 November 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi