PROGRAM TICC TAMBAH KUALITI DALAM DIRI MAHASISWA

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH) bersama Centre For Research And Industry Linkages (CRIL), UNISEL mengelolakan Majlis Perasmian dan Penutup Technology Innovation Communication Camp 2020 (TICC) di Dewan Senat UNISEL Kampus Bestari Jaya semalam.
 
Program kolaberasi antara Universiti Selangor UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor KUIS ini merupakan salah satu fasa yang penting dalam memacu perkembangan inovasi terhadap pelajar khususnya pelajar tahun akhir sebelum mereka menghadapi alam pekerjaan sebenar.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, penganjuran program TICC 2020 ini adalah bertepatan dengan sasaran dan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor seperti yang telah digariskan dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2021, iaitu inisiatif untuk memperkasakan pendidikan tinggi di Selangor, Selangor Kerjaya, Selangor Automotif TVET, Rakan Digital Selangor dan Selangor Freelancers.
 
Tambahnya lagi, keperluan nilai kendiri melalui program seperti ini amat diperlukan dalam meningkatkan kemahiran para graduan untuk memahami dan menyampaikan idea teknikal mereka dengan tepat dan ringkas terutamanya dari perspektif industri.
 
Majlis perasmian dan penutup TICC 2020 ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hasim bin Zainal Abidin Setiausaha Bahagian,Bahagian Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SELANGOR merangkap Ketua Urusetia Stanco, Pembudayaan, Innovasi dan Smart SELANGOR dibawah MBI serta pimpinan doa oleh Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid yang juga merupakan pengurus besar bagi KUISCELL.
 
Turut hadir, Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan KUIS, En. Hussein Arif, Pengerusi Adakan Holding Sdn. Bhd serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

UNISEL-MIA Anjur ASC 2021

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Malaysian Institute of Accountants (MIA) hari ini menganjurkan “Accounting Students Conference” (ASC) 2021. Dengan temanya “Millennials Accountants: Shaping Society &