SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 DI KAMPUS BESTARI JAYA

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 bertempat di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya.
 
Sebanyak 11 gerai makanan melibatkan penyertaan daripada jabatan dan fakulti yang menyediakan pelbagai hidangan seperti kambing bakar, nasi minyak, laksa, kuih muih, ketupat rendang dan pelbagai lagi.
 
Sambutan yang berlangsung pada hari ini merupakan jamuan untuk meraikan kakitangan di kampus Bestari Jaya. Menariknya tahun ini Sambutan Majlis Aidilfitri disambut di kedua-dua buah kampus.
 
Turut berlangsung, pertandingan gerai paling awesome, pertandingan sambung lirik lagu hari raya dan pertandingan anyam ketupat. Berikut merupakan senarai pemenang :
 
Pertandingan Gerai Tercantik :
Perpustakaan UNISEL
 
Pertandingan Anyam Ketupat :
Pn. Irma Suryani Bt. Jaswir
 
Pertandingan Sambung Lagu Raya :
Pn. Nora Lina Mohd Hussain
 
Semua staf UNISEL meraikan Majlis Sambutan Aidlifitri 2023 ini dengan ceria dan gembira berkonsepkan warna warni Aidilfitri. Semoga berjumpa lagi dalam Majlis Sambutan Aidlifitri tahun hadapan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
10 Mei 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi