SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2022

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kedatangan pelajar-pelajar baharu sempena Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu bagi kemasukan April 2022 yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya.
 
Ini merupakan pengambilan pertama pada tahun ini bagi program Tahun Asas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Majlis Pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi itu tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
 
Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor turut berkesempatan beramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa yang hadir. Menurut beliau, meskipun majlis pada hari ini tertakluk kepada SOP yang ketat namun rata-rata pelajar dan ibu bapa yang ditemui amat berpuas hati dengan pergerakan sepanjang proses pendaftaran.
 
Selain menawarkan pelbagai jurusan menarik, UNISEL turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap buat pelajar antaranya kolej kediaman persis apartment, kemudahan luar bagi aktiviti sukan selain mempunyai sistem keselamatan yang baik dengan kawalan keselamatan 24 jam di pintu masuk utama kampus.
 
Justeru itu, kepada bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tempoh pendaftaran pelajar baharu pengambilan April 2022 akan dilanjutkan sehingga 22 April 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 01170752070 & 0332805062 atau layari lawan sesawang www.unisel.edu.my.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
6 April 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi