SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KEMASUKAN JULAI 2022

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kedatangan pelajar-pelajar baharu sempena Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu bagi semua Program Tahun Asas yang berlangsung di Dewan Naib Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Ini merupakan pengambilan kedua pada tahun ini bagi program Tahun Asas. Majlis Pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi itu tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Hashimah Ismail, Pengarah Pejabat Pemasaran dan Kemasukan UNISEL, “Rata-rata para ibu bapa berpuas hati dengan proses pendaftaran serta kemudahan yang disediakan. Saya amat berharap pelajar yang mendaftar menggunakan peluang yang diberikan ini sebaiknya hingga berjaya tamat program Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang”, ujar beliau.
 
Selain menawarkan pelbagai jurusan menarik, UNISEL turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap buat pelajar antaranya kolej kediaman persis apartment, kemudahan luar bagi aktiviti sukan selain mempunyai sistem keselamatan yang baik dengan kawalan keselamatan 24 jam di pintu masuk utama kampus.
 
Justeru itu, kepada bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian Program Tahun Asas secara percuma di UNISEL, tempoh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Julai 2022 akan dilanjutkan sehingga 5 Ogos 2022.
 
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 01170752070 & 0332805062 atau layari laman sesawang www.unisel.edu.my.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
30 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi