SELANGOR MEGA JOB FAIR DILANCARKAN DI UNISEL

Share This Post

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini melancarkan Selangor Mega Job Fair & Selangor Job Portal yang bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 20 ribu rakyat Selangor.
 
Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya berkata, ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di negeri ini khususnya graduan yang baru bergraduat.
 
“Selain memberi peluang kepada 20 ribu orang yang sedang mencari pekerjaan, Selangor Mega Job Fair ini juga turut mencipta peluang kepada syarikat dan majikan untuk mencari pekerja di sekitar negeri Selangor,”
 
Tambah beliau lagi, Selangor Mega Job Fair itu bakal berlangsung pada 11-12 Jun 2022 di Auditorium MBSA, Shah Alam.
 
“Ini sudah menjadi mandat beliau melalui kerajaan negeri untuk menyiapkan masyarakat dari bidang pendidikan sehinggalah membuka ruang pekerjaan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini,” ujar beliau.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, UNISEL turut mempelawa pihak korporat dan industri untuk bekerjasama dengan universiti ini bagi memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman sebelum mereka memasuki dunia pekerjaan.
 
Majlis Pelancaran yang berlangsung di Dewan Pro Canselor, Universiti Selangor Kampus Shah Alam itu turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Selangor.
 
Menurut YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Selangor menyasarkan kadar pengangguran di bawah 4%.
 
“Jika melihat kepada peratusan pada tahun suku pertama tahun 2021, kadar pengangguran adalah 3.6% manakala turun kepada 2.4% pada suku kedua tahun 2021. Pada suku pertama tahun ini pula terdapat sedikit peningkatan iaitu 3.2%. Saya berharap agar Selangor Mega Job Fair & Selangor Job Portal ini dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada mereka diluar sana sekali gus menurunkan kadar pengangguran di Selangor,” ujar beliau.
 
Turut hadir wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Selangor, wakil IPT dan majikan serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
12 Mei 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi