SIMBOLIK PELEPASAN IKAN TOMAN DI TASIK THE TOMANZ UNISEL

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor bersama pengurusan tertinggi UNISEL pagi ini mengadakan simbolik pelepasan ikan toman.
Lebih 30 ekor ikan toman seberat tiga hingga lima kilogram yang dipindah khas dari Pantai Remis, Perak ke Tasik The Tomanz UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Dari pemancing ke pemancing, terima kasih diucapkan kepada saudara Nankairel yang mewakili Fast Tackle serta rakan bantuan Ozmy Fishing dan pasukan Lubuk Ampang atas inisiatif hebat ini.
 
The Tomanz UNISEL telah diwujudkan tiga tahun yang lalu, sehingga kini hampir 1000 para pemancing Malaysia bahkan luar negara merasai keunikan disini.
 
Semoga insiatif seperti ini dapat bersama-sama kita laksanakan bagi melestarikan lagi Sports Fishing di Malaysia khususnya di UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
24 November 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi