Share This Post

24 Mac 2021 – Delegasi STEM Unisel yang diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan bin Azman telah menerima 2 Emas dalam kategori Asian Youth Innovation Award dan 1 Anugerah Khas daripada Chinese Innovation and Invention Society di Malaysia Technology Expo, MTE 2021 yang telang berlangsung secara virtual pada 22 hingga 26 Mac 2021. Pencapaian ini sekaligus mencipta sejarah buat STEM Unisel yang menerima Emas dan Anugerah Khas sebanyak 4 tahun berturut-turut.
 
Delegasi Universiti Selangor ini terdiri daripada 12 orang pelajar dan 15 orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU), Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) serta Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP).
 
Kit yang telah menerima emas tersebut adalah STEM Microworld Kit dan STEM Plant Biotechnology Kit yang merupakan hasil inovasi STEM Unisel sebagai bahan pengajaran dalam Pendidikan STEM. Kit ini adalah nilai tambah kepada modul STEM Query sedia ada yang dibangunkan oleh STEM Unisel. Kit ini juga digunakan dalam Program Mentor Mentee STEM 2020/2021 yang mendapat suntikan dana geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Menurut Dr. Hazeeq yang juga Timbalan Dekan Akademik di PADU, pertandingan MTE yang berlangsung secara maya kali ini memberikan cabaran besar buat STEM Unisel bagi melakukan persiapan. Pensyarah dan pelajar berhubung secara dalam talian dan segala bahan modul dihantar menggunakan pos akibat PKP. Namun, ahli pasukan memberikan komitmen yang sangat baik sehingga membolehkan mereka mempertahankan rekod bersih dengan menerima Emas atau Anugerah Khas semenjak tahun 2018. Kemenangan dalam pertandingan inovasi antarabangsa ini melambangkan kecemerlangan Universiti Selangor dalam bidang penyelidikan khususnya dalam pendidikan STEM negara.
 
Syabas diucapkan kepada delegasi STEM UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi