TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2022

Share This Post

Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan Ogos 2020 hari ini berjalan dengan lancar. Majlis dimulai pada jam 8.00 pagi itu berlangsung di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya.
 
Ini merupakan pengambilan pelajar baharu bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Rata-rata pelajar yang mendaftar pada hari ini amat gembira dan bersemangat untuk bergelar mahasiswa baharu UNISEL.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL turut turun padang bersama-sama pengurusan tertinggi UNISEL hadir menyantuni ibu bapa dan pelajar baharu.
 
“Rata-rata ibu bapa dan pelajar yang ditemui hari ini memberi pujian kepada UNISEL kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap kepada mahasiswa baharu. Malah pendaftaran hari ini juga berjalan lancar termasuklah pendaftaran di Kolej Kediaman”, ujar beliau.
 
Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Ogos 2020 akan dilanjutkan bermula hari ini sehingga 2 September 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-5522 3400 & 0185714084 atau layari lawan sesawang www.unisel.edu.my.
 
Anda juga boleh hubungi info berikut:
 
🖱Mohon secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 di : http://apply.unisel.edu.my
 
No. Whatsapp:
 
📲 https://wa.me/+60183788756 (Cik Noor Suraya)
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
24 Ogos 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi