THE TOMANZ MENGORAK LANGKAH

Share This Post

Berlangsung sekitar Jam 8.20pagi, Ground Test The Tomanz, UNISEL Kampus Bestari Jaya hari ini mendapat perhatian kaki pancing sukan rekreasi di Malaysia khususnya Selangor.
 
The Tomanz yang terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya ini merupakan Inisiatif terkini pihak Universiti untuk mengangkat pancingan tangkap & lepas secara lebih komersial.
 
Dengan Lokasi di kampus hijau Bestari Jaya yang mempunyai banyak tasik. The Tomanz menjadi tarikan baharu bukan sahaja untuk warga UNISEL bahkan masyarakat sekitar
 
The Tomanz adalah Inisiatif YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL yang melihat potensi besar tasik yang berada di Kampus.
 
Hasrat Beliau adalah bagi memastikan UNISEL melestarikan sumber hijau dengan keindahan alam semula jadi dan menghidupkan lagi pelbagai aktiviti riadah yang menjadi tarikan.
 
Berlangsung lebih dari sebulan pancingan secara percuma, ini merupakan hadiah pihak Universiti kepada Kaki Pancing sempena Sambutan 20tahun Universiti yang bakal berlangsung pada Mei nanti.
Turut tampil menyatakan sokongan adalah dengan kehadiran YB. Tuan Ir Izham bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam & Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani.
 
Program yang berlangsung pada minggu ini telah mendapat suntikan penajaan daripada pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi memberi sokongan kepada usaha The Tomanz, untuk terus mengangkat sukan ini.
 
Terima Kasih diucapkan kepada semua kaki pancing yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak The Tomanz. Moga semua usaha kecil pihak kami akan memberi manafaat berganda Akhirnya.
Terima Kasih MBI Selangor, KDEB Waste Management, Tourism Selangor, 1StopFishing Malaysia Monstercraft Fishing, Rakan Media TV3, SelangorKini serta semua team Kaki Pancing yang turut hadir.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi