THE TOMANZ, ‘SPOT FISHING’ KOMERSIAL PERTAMA IKAN TOMAN DI SELANGOR

Share This Post

Tasik The Tomanz Universiti Selangor (UNISEL) di kampus Bestari Jaya bakal menjadi tarikan baharu pemancing2 di negeri Selangor. Majlis Perasmian yang tertangguh akibat pendemik telah sempurna dilancarkan pada hari ini.
 
Majlis Perasmian Tasik The Tomanz telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda & Sukan Selangor.
 
Menurut beliau, Tasik The Tomanz mampu menjadi salah satu lokasi ekopelancongan yang menarik di Negeri Selangor kerana ia dikelilingi dengan kawasan hijau selain lokasinya yang amat strategik buat pemancing di luar sana.
 
“Saya yakin The Tomanz mampu berkembang dan menjadi pelopor kepada sukan rekreasi dalam universiti. Malah, saya percaya The Tomanz mampu menjadi lokasi strategik buat pemancing bukan sahaja di Selangor malah pemancing seluruh Malaysia”, ujar beliau.
 
Tasik yang mengetengahkan konsep Tangkap dan Lepas (Catch and Release) itu merupakan idea asal Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL yang ketujuh.
 
Menurut Presiden dan Naib Canselor UNISEL, beliau yakin Tasik The Tomanz ini mampu menarik minat pemancing seluruh Malaysia untuk datang ke sini. Malah, pembukaan tasik ini juga dapat menjadi nilai tambah kepada pemasaran universiti.
 
“UNISEL merupakan sebuah universiti yang sangat unik. Dengan statusnya sebagai universiti milik kerajaan Negeri Selangor, ini menjadikan universiti ini antara pilihan utama pelajar-pelajar bukan sahaja dari negeri ini malah seluruh Malaysia,”
 
“Istimewanya Tasik The Tomanz ini adalah ia merupakan satu-satunya lokasi memancing (spot fishing) secara komersial yang melibatkan ikan spesis Toman di negeri Selangor secara khususnya dan Malaysia secara amnya,” tambah beliau.
 
Dalam pada itu, The Tomanz pada hari ini turut mengadakan Pertandingan Memancing Tangkap dan Lepas melibatkan lebih 50 orang peserta yang rata-ratanya merupakan pemancing tegar sekitar Selangor.
 
Berikut merupakan senarai pemenang :
 
Tempat Pertama 🏆
Matzen (4.94kg)
Tempat Kedua :
Masai Mara (4.22kg)
Tempat Ketiga:
Hanafizi (3.26kg)
Saguhati:
4. Akmal (3.2kg)
5. Aizat (2.28kg)
6. Firdaus (2kg)
7. Lim Tong Lim (1.35kg)
8. Mustazlie Mustafa (Rico) (1.2kg)
9. Afiq (0.95kg)
10. Akie Mansor(0.9kg)
Kategori Ikan Paling Kecil 😆
Akie Mansor (0.9kg)
 
Lebih menarik, Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Pro Staff The Tomanz turut berlangsung menyaksikan beberapa pemancing dilantik sebagai Pro Staff The Tomanz iaitu Duta The Tomanz untuk sentiasa menarik lebih ramai Angler mencuba nasib disini.
 
Tahniah Vincent Gan Chee Hong (MonsterCraft Fishing), David Lee Chuan Yin (MonsterCraft Fishing), Mohd Shariff Mohd Salleh (1stopfishing), Ahmad Helmi Shaharuddin (1stopfishing), dan Abdul Hafidz Omar Salleh (GoMo Kayak Fishing).
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Pengasas The Tomanz

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi