TS FAIRUZ DAN SANGETHA TERIMA ANUGERAH KHAS PERDANA MENTERI, CINDY CHAN TERIMA ANUGERAH CANSELOR DI ISTIADAT UNISEL KALI KE-16

Share This Post

Ts. Muhammad Fairuz Abd Rauf, graduan Doktor Falsafah Komputeran menerima Anugerah Khas Perdana Menteri pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Beliau yang juga merupakan Pengarah Pusat Teknologi dan Informasi UNISEL itu berkata, anugerah ini ditujukan khas kepada ahli keluarga terutama sekali kedua ibu bapa dan isteri yang banyak berkorban selama ini.
 
“Saya berasa sangat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas sumbangan anugerah ini kepada saya. Terima kasih juga diucapkan kepada pengurusan UNISEL, penyelia-penyelia akademik serta pegurusan fakulti yang banyak membantu saya sepanjang perjalanan sebagai pelajar PhD,” ujar beliau.
 
Seorang lagi penerima Anugerah Khas Perdana Menteri, Sangetha A/P Muniandy, meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka terpilih menerima anugerah ini.
“Saya berasa amat bertuah dapat menjadi sebahagian daripada warga UNISEL.
 
Terima kasih kepada insan yang banyak memberi inspirasi kepada saya sepanjang pengajian di sini terutamanya ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan sekuliah,”
 
Tambah beliau lagi, kehidupan di universiti bukan setakat belajar di bilik kuliah tetapi ia adalah peneraju kepada kejayaan di luar. Beliau juga sempat menitipkan nasihat kepada pelajar-pelajar UNISEL untuk mengambil segala peluang yang ada sepanjang berada di sini.
 
“Jangan mudah putus ada dan percaya pada diri sendiri adalah kunci kejayaan saya dan saya berharap agar bakal-bakal graduan yang lain turut menerapkan elemen yang sama dalam kehidupan seharian,” ujar beliau yang kini bekerja di KPMG PLT sebagai ‘Audit Associate’.
 
Kedua-dua graduan menerima Anugerah Khas Perdana Menteri yang disampaikan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL. Mereka juga turut menerima hadiah wang tunai RM5,000 setiap seorang beserta plak dan sijil penghargaan.
 
Pada istiadat kali ini juga menyaksikan Cindy Chan Sze Yee, graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian) meraih Anugerah Canselor yang disampaikan sendiri oleh Canselor UNISEL.
 
Graduan cemerlang ini bukan sahaja menonjol dalam bidang akademik malah juga aktif dalam kegiatan kokurikulum. “Allow your natural talents to shine” menjadi prinsip utama beliau. Malah, beliau percaya setiap manusia mempunyai bakat dan kebolehan semula jadi untuk dimanfaatkan bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
 
Kini Cindy bekerja sebagai pentadbir merangkap penyelaras program di The Inner Lynk Psychological and Wellness Services, Kuala Lumpur. Beliau berharap dengan penagugerahan ini, dapat menaikkan lagi semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat terutama sekali mereka yang bergelut dengan masalah kesihatan mental.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
3 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi