UNISEL ADAKAN SARINGAN RTK COVID-19 KEPADA PELAJAR DI KAMPUS BESTARI JAYA

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP) dengan kerjasama SelCare dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC) hari ini mengadakan program Saringan RTK Covid-19 kepada pelajar-pelajar UNISEL di Kampus Bestari Jaya.
 
Seramai 180 orang pelajar disaring pada program yang berlangsung di Dewan Naib Canselor, Kampus Bestari Jaya. Langkah ini diambil bagi memastikan UNISEL berada dibawah zon selamat selain menambahkan keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap institusi pendidikan tersebut.
 
UNISEL merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang mengambil inisiatif membuat saringan RTK Covid-19 secara keseluruhan terhadap pelajar yang masih menetap di Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya.
 
Hadir semasa program saringan tersebut adalah Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi