UNISEL AGIH BANTUAN ZAKAT MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR ASNAF

Share This Post

Seramai 108 orang pelajar asnaf Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima bantuan zakat makanan percuma di Majlis Penyerahan Tunai Makanan Pelajar Asnaf UNISEL yang dikelola oleh Unit Zakat, Pusat Islam UNISEL.
 
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor di Bilik Mesyuarat Senat bagi Kampus Shah Alam manakala bagi Kampus Bestari Jaya pula disempurnakan oleh Prof. Madya. Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti).
 
Menurut Presiden dan Naib Canselor, bantuan zakat makanan percuma kepada pelajar asnaf ini merupakan tanggungjawab sosial universiti bagi meringatkan beban pelajar sepanjang pengajian mereka di sini.
 
“Kita melihat ada dalam kalangan pelajar terdiri daripada golongan yang perlu dibantu. Walaupun jumlah yang diberikan ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah pelajar, namun saya berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerimanya,”
 
“UNISEL menunaikan tanggungjawab untuk meyerahkan zakat tersebut yang mana penyumbang zakat terbesar di sini adalah para pensyarah dan staf pentadbiran. Saya juga ingin berpesan kepada mahasiswa mahasiswi UNISEL sekiranya anda mempunyai masalah, anda boleh berkongsi masalah tersebut. InshaAllah UNISEL akan cuba sedaya upaya membantu anda,”
 
Bagi salah seorang penerimanya, Afifah Fatihah daripada Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengurusan UNISEL atas bantuan yang telah diberikan.
 
“Terima kasih buat UNISEL kerana sentiasa peka akan kebajikan pelajar. Harapan saya agar dengan bantuan yang diberikan ini dapat menyuntik semangat untuk saya belajar bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian dan pasa suatu hari nanti saya berpeluang untuk berbakti kepada orang lain,” ujar beliau.
 
Manakala buat Farziatul Amiera Binti Ishamsol Kaha, Diploma Digital Graphic Design, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih buat UNISEL.
 
“Bantuan sebegini dapat membantu pelajar mengurangkan beban yang dihadapi lebih-lebih lagi dalam bentuk perbelanjaan makanan harian,” ujar beliau.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
17 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi