UNISEL ANJUR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI KAMPUS BESTARI JAYA

Share This Post

Seramai 1000 peserta yang mewakili fakulti, jabatan dan persatuan pelajar menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Selangor (UNISEL) 1444H/2022M.
 
Ini merupakan sambutan kali pertama setelah hampir dua tahun UNISEL tidak mengadakannya akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
 
Perarakan bermula di Masjid UNISEL pada jam 8.00 pagi, diiringi selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sejauh kira-kira dua kilometer dan berakhir di Dewan Canselor.
 
Setibanya di Dewan Canselor, majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar Smart Tahfiz UNISEL dan ceramah agama oleh Ab Razak Aripin, Pengarah Pusat Islam UNISEL.
 
Sambutan dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi universiti.
 
Presiden dan Naib Canselor turut menyampaikan Anugerah Khas, Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1444H/2022M kepada Puan Ruhani Zakaria, Pengarah Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia UNISEL.
 
Sambutan dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan perarakan dan sepanduk tercantik. Kedua-dua pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu persatuan pelajar, fakulti dan pusat tanggungjawab.
 
Bagi kategori Perarakan peringkat pelajar, Smart Tahfiz mengungguli tempat pertama manakala bagi kategori Sepanduk Terbaik peringkat pelajar, dimenangi oleh Pengajian Islam & Mahasiswa Pengajian Islam.
 
Pejabat Pendaftar muncul juara bagi kategori Perarakan peringkat Pusat Tanggungjawab manakala kategori Sepanduk Terbaik dimenangi oleh Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia.
 
Di peringkat fakulti pula, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dinobatkan sebagai johan bagi kategori Perarakan manakala Fakulti Pendidikan dan Sumber Manusia diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Sepanduk Terbaik.
 
Pemenang Keseluruhan Sepanduk dimenangi oleh Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial manakala Pemenang Keseluruhan Perarakan dimenangi oleh Pejabat Pendaftar. Kedua-dua pemenang membawa pulang Piala Pusingan Presiden & Naib Canselor UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
15 Oktober 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi