UNISEL BERSEDIA & YAKIN TEMPUHI CABARAN COVID-19 SEPANJANG TAHUN 2021

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menyeru agar kesemua kakitangannya bersatu padu dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 dengan meningkatkan lagi kualiti kerja yang lebih cemerlang dan berdaya saing sempena kedatangan tahun baharu 2021.
 
“Dalam tempoh lima tahun, UNISEL berjaya meraih pelbagai kejayaan dan ini membuktikan kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran sengit bagi tahun 2021 ini. Saya yakin UNISEL akan terus terkehadapan dalam membudayakan lebih banyak lagi kecemerlangan baik dari segi pentadbiran, penyelidikan mahupun pendidikan,” ujar beliau semasa menyampaikan Perutusan Amanat Tahun Baharu 2021 yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
“Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri, kita berada di barisan hadapan khususnya dalam membangunkan konteks pendidikan di negeri Selangor. Oleh itu, saya yakin menjelang lima tahun akan datang UNISEL akan muncul sebagai sebuah universiti yang bukan sahaja dihormati di negeri Selangor malahan di seluruh dunia,”
 
Tahun 2020 merupakan tahun yang cemerlang buat UNISEL. Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, UNISEL masih berjaya meraih pelbagai kejayaan antaranya menerima Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kementerian Pengajian Tinggi 2020, menerima Anugerah Penyelidikan di Pertandingan Inovasi anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan penarafan UI Green Matric (UNISEL di kedudukan ke 486/912) World University Rankings.
 
Tambah beliau lagi, pelbagai usaha telah dijalankan dalam usaha untuk menjelaskan aspirasi dan hala tuju UNISEL antaranya dengan mengadakan pemasaran yang lebih berkesan seperti memperkenalkan menthod Telemarketing, Quarantine Tea Talk, E-Pecutan SPM, pemberian insentif Skim Dermasiswa selain menyebarluaskan maklumat melalui pelbagai saluran media sosial.
 
Bagi tahun 2021 in, UNISEL dijangka akan meneruskan proses persiapan sistem canggih iaitu Total Campus Management System (TCMS), pembinaan Tasik Bestari yang bakal menjadi tarikan baharu kepada seluruh warga UNISEL Kampus Bestari Jaya dan melaksanakan Sambutan 20 Tahun UNISEL.
 
Program penjenamaan juga akan diteruskan melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakat bagi menaikan imej dan membuka mata masyarakat tentang keberadaan UNISEL terutama sekali mereka yang berada di negeri Selangor.
 
Di akhir ucapannya, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan turut memberi saranan agar kesemua staf memberikan sepenuh usaha dalam meningkatkan kecemerlangan UNISEL disamping mengekalkan kesemua yang ada meskipun pandemik Covid-19 ini dilihat sebagai satu rintangan utama bagi tahun 2021.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi