UNISEL BUKA PUSAT PENGUMPULAN NASKAH AL-QURAN TERJEJAS

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya bersedia membuka pusat pengumpulan naskah Al-Quran yang terjejas akibat banjir sebelum dilupuskan. Inisiatif ini bagi memastikan proses pelupusan adalah lebih teratur dan sempurna dalam menjaga kemuliaan Al Quran.
 
Bagi maksud berikut, Individu atau mangsa Banjir sekitar Universiti yang mempunyai Al-Quran terjejas boleh hantar ke Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya sebelum diserahkan kepada pihak berwajib untuk dilupuskan.
 
Menurut Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, kemuliaan Al-Quran menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Jadi, proses pelupusan perlu melalui cara terhormat & mengikut prosedur ditetapkan Majlis Agama Islam.
 
Tambahnya lagi, perkhidmatan pengumpulan di sini adalah kerana UNISEL merupakan kawasan strategik dimana ianya bertempat di tengah-tengah antara Kampung Bestari Jaya, Kawasan Permatang dan Ijok serta kawasan sekitar.
 
Dalam pada itu, pihak UNISEL akan menanggung segala kos pelupusan Al-Quran yang terjejas dan proses pengumpulan tersebut akan terus dilaksanakan hingga selesai semua proses pembersihan rumah mangsa Banjir kawasan sekitar.
 
Oleh demikian, mana-mana pihak di kawasan sekitar Universiti yang ingin menghantar Al-Quran yang terjejas akibat Banjir untuk dilupus boleh berhubung terus dengan Ustaz Ab. Razak Bin Aripin, Pengarah Pusat Islam di talian 019-782 2897
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi