UNISEL GERAKKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Share This Post

Susulan bencana banjir yang sedang melanda negeri ini, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menggerakkan seramai 300 orang sukarelawan bagi misi bantuan Pasca Banjir.
 
Selain menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa terlibat, Presiden dan Naib Canselor serta pasukan sukarelawan juga berkesempatan membantu membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar kawasan yang terjejas.
 
Dalam pada itu, buat masa ini UNISEL kampus Bestari Jaya masih selamat dan tidak terjejas. Meskipun begitu, kesemua pelajar yang berada di dalam kampus telah diberikan pelbagai bantuan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
 
Turut menyalurkan bantuan adalah YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang, Penggerak Belia Selangor (PeBS), Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta seluruh pasukan NGO terlibat.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi