UNISEL-IDE ANJUR SEMINAR NASIONAL MODEL PENDIDIKAN AL-HIKMAH TERAS PEMBINAAN GURU SEJAHTERA

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) hari ini mengadakan Seminar Nasional “Model Pendidikan Al-Hikmah Teras Pembinaan Guru Sejahtera” di bawah Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) bertempat di UNISEL Kampus Shah Alam.
 
Objektif program adalah untuk memberi pendedahan tentang maksud Pendidikan Al-Quran dan kaitannya dengan pembinaan insan berteraskan asas Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan memberi kefahaman tentang keperluan memahami tanggungjawab mendidik dan melatih bagi membentuk insan Rabbani selain mengangkat kesedaran tentang falsafah ilmu dan al-hikmah sebagai teras kekuatan dalam membentuk generasi al-Quran.
 
Program dimulai dengan ucapan pembukaan dan perasmian Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dan diteruskan syarahan bertajuk Pendidikan al-Hikmah Teras Pembinaan Guru Sejahtera yang disampaikan oleh YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusof Othman, Ahli Lembaga IKIM.
 
Turut berlangsung, segmen ulasan yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Amin Senin, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Hj Ahmad Mohamad Said, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM dan dimoderator Prof. Madya Ts Dr Ropaning Sulong, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL.
 
Program menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran peserta daripada pelbagai agensi kerajaan negeri, wakil jabatan kerajaan, pensyarah UNISEL serta penyertaan individu.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
28 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi