UNISEL LANCAR E-TOME E-TUISYEN KEPADA PELAJAR SPM 2021

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya hari ini melancarkan e-TOME Program e-Tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
 
Majlis pelancaran tersebut diadakan menerusi sidang video dengan kehadiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
 
Program e-TOME merupakan inisiatif UNISEL dan Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan dalam peperiksaan SPM 2021.
 
Program ini secara keseluruhannya dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah UNISEL dan beberapa guru cemerlang terpilih menerusi platform UNISEL Virtual School (UVS).
 
Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berharap agar inisiatif ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan kelak.
 
“Program e-Tuisyen akan diadakan menerusi platform UVS yang mana bukan sahaja berfokuskan akademik semata-mata malah menerapkan elemen motivasi untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar selain menjadikan platform ini lebih menarik,” ujar beliau.
 
Para pelajar sekitar Hang Tuah Jaya boleh mula mendaftar di pautan http://bit.ly/etuisyenHTJ. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Cikgu Tamil – 0163138599 / Norizah – 0123535730 / Md Yusof – 0103686630
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi