UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DARI BRUNEI, INDONESIA, DAN THAILAND

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga institusi pendidikan dari negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand pada 5 dan 6 Oktober 2021.

Institusi yang terlibat dalam majlis tersebut adalah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Brunei Darussalam), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Tengku Dirundeng Meulaboh (Indonesia) dan Thamavitya Mulniti School (Thailand).

Majlis MoU itu berlangsung secara atas talian disertai oleh Pengurusan Tertinggi UNISEL , pensyarah daripada FESS serta wakil daripada ketiga-tiga institusi terlibat.

Majlis dimulai dengan acara memandatangani MoU di antara UNISEL dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak UNISSA disempurnakan oleh Dr. Hj. Norarfan Hj. Zainal, Rektor disaksikan oleh Zalinawati Hj. Mohamad, Pemangku Pendaftar.

Bagi kerjasama UNISEL-UNISSA ini, FESS bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada pelajar, staf akademik dan juga program-program pengajiannya ke peringkat antarabangsa yang mana setara dengan matlamat yang ingin disasarkan oleh pihak UNISSA.

Acara diteruskan dengan MoU di antara UNISEL dengan Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Tengku Dirundeng Meulaboh Indonesia menyaksikan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor menyempurnakan majlis disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Tengku Dirundeng Meulaboh pula disempurnakan oleh Dr. Inayatillah, Rektor disaksikan oleh Dr. Erizar, Timbalan Rektor.

Manakala bagi acara menandatangani MoU di antara UNISEL dengan Thamavitya Mulniti School pula disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak Thamavitya Mulniti School disempurnakan oleh Tuan Hj. Razi Bensulong, Pengetua disaksikan oleh Kuding Etae, Pentadbir Bahagian Akademik (Agama).

Objektif utama bagi ketiga-tiga MoU ini adalah untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dari aspek pendidikan yang bakal melibatkan pelajar dan staf akademik selain penglibatan bersama dalam aktiviti pengajaran, ‘knowledge sharing session’ dan penyelidikan.

Tambahan lagi, MoU ini juga dapat memperkasakan lagi bidang kurikulum dari aspek semakan kurikulum, pertukaran kursus serta mengadakan persidangan pendidikan secara bersama.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

 

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi