UNISEL METERAI KERJASAMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN AL-KAUTHAR EDUQIDS

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) dan Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd (Al Kauthar Eduqids) mengambil langkah ke hadapan apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan program pendidikan awal kanak-kanak. Majlis menandatangi memorandum tersebut berlangsung di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya, semalam.
 
Majlis tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, yang menandatangi bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar manakala bagi pihak Al Kauthar Eduqids pula ditandatangani oleh Dato’ Bakhtiar Aliff Ibrahim, Pengarah, Al Kauthar Eduqids disaksikan oleh Datin Nor Fadilah Alias, Pengarah Operasi Al Kauthar Eduqids.
 
Al Kauthar Eduqids yang mula bertapak pada tahun 2013 merupakan tadika yang memberi fokus kepada perkembangan awal kanak-kanak. Pengasasnya adalah Datin Nor Fadilah Alias yang juga merupakan alumni Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL.  Kini, Al Kauthar Eduqids mempunyai hampir 170 buah cawangan di seluruh negara.
 
Menerusi kerjasama ini, UNISEL dan Al Kauthar Eduqids akan berusaha untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dari pelbagai aspek antaranya Al Kauthar Eduqids menyediakan penempatan praktikum kepada pelajar Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL.
 
Tambahan lagi, UNISEL juga akan memberi kerjasama dalam menjalani kajian dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran yang berkaitan. Malah, Al Kauthar Eduqids juga akan memberi keutamaan kepada Alumni daripada Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak untuk menjadi guru dan juga pentadbir di pusat-pusat pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn. Bhd.
 
Dalam majlis yang sama turut berlangsung MoU di antara Al Kauthar Eduqids dengan Persatuan Alumni UNISEL. Majlis menyaksikan Datin Nor Fadilah Alias, menandatangani memorandum bagi pihak Al Kauthar Eduqids disaksikan oleh Dato’ Bakhtiar Aliff Ibrahim manakala bagi pihak Persatuan Alumni UNISEL ditandatangani oleh Puan Farhana Wahid, Naib Pengerusi Alumni UNISEL disaksikan oleh Prof. Madya Dr Hamdan Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
20 Oktober 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi