UNISEL – NNSB METERAI JALINAN KERJASAMA MENERUSI MOA

Share This Post

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Neraca Niaga Sdn. Bhd berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam petang ini.

Acara menandatangani MoA tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Pn Hjh Rokma Hj Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak Neraca Niaga Sdn. Bhd pula ditandatangani oleh Dato’ Rosthman bin Ibrahim, Pengarah Neraca Niaga Sdn. Bhd dan disaksikan oleh En. Mohd Isa bin Mohd Dom, Ketua Projek TCMS.

Perjanjian persefahaman itu meliputi aspek penting jalinan kerjasama dalam Total System Management Campus (TCMS) yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya terhadap kakitangan dan pelajar UNISEL.

Tambahan lagi, kerjasama ini juga termasuklah dalam memastikan sistem pembelajaran berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi sepanjang pandemik Covid-19 yang mana memberi impak besar dalam sektor pendidikan negara.

Hadir sama adalah Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti UNISEL, Pengurusan Tertinggi UNISEL, kakitangan CICT UNISEL serta wakil dari NNSB.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

 

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi