UNISEL RAIH EMAS DI ITEX 2022

Share This Post

Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL berjaya meraih pingat Emas dalam ITEX 2022 (33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition) yang berlangsung pada 26 hingga 27 Mei 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Kumpulan penyelidik UNISEL tersebut diketuai oleh Ts. Dr. Siti Hasmah Mohtar bersama ahli penyelidik iaitu Noor Fazreen Dzulkafli, Nur Akmal Suliman, Rozila Alias, Yasotha Sundaraj dan Saidina Umar Johari telah berjaya menampilkan hasil penyelidikan yang bertajuk AQUABETEL®: Premium Feed for Freshwater Fish.
 
Produk AQUABETEL® merupakan produk inovasi makanan ikan yang mengandungi bahan asas protein daripada tumbuhan akuatik dan diformulasikan bersama ekstrak herba terpilih. Ianya bukan sahaja membekalkan nutrien yang diperlukan bagi keperluan pertumbuhan ikan, malah ekstrak herba yang diadun bersama makanan mampu meningkatkan tahap imuniti dan daya tahan melawan penyakit.
 
Produk ini juga turut mendapat perhatian daripada para pengunjung terutama pemain industri sepanjang dua hari pameran yang berlangsung di KLCC. Kesemua pemenang telah diraikan dalam Malam Budaya Cipta pada 27 Mei 2022.
 
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi