Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama 10 ADUN Selangor menawarkan Biasiswa Bestari bagi program Diploma & Ijazah Sarjana Muda

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) telah membuka pengambilan pelajar baharu bagi Kemasukan Julai dan Ogos 2020 yang melibatkan program pengajian peringkat Asas, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda.Istimewanya bagi pengambilan kali ini, UNISEL menawarkan Biasiswa Bestari yang merupakan yuran pengajian percuma bagi semester pertama untuk kesemua program diploma dan ijazah sarjana muda di Kampus Bestari Jaya.

Biasiswa Bestari ini ditawarkan kepada kesemua pelajar lepasan Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar Selangor.Antara DUN yang tersenarai adalah N16 Sungai Tua, N14 Rawang, N40 Kota Anggerik, N33 Taman Medan, N49 Sungai Kandis, N09 Permatang, N10 Bukit Melawati, N42 Meru, N11 Ijok dan N13 Kuang.

Lebih menarik, pendaftaran pelajar baharu bagi kemasukan Julai dan Ogos kini dibuka dengan yuran pendaftaran hanya RM100 sahaja.Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-55223400 atau WhatsApp ke 018-5714084 / 018-5714087 atau boleh layari laman sesawang kami di www.unisel.edu.my.

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi