UNISEL TAWAR YURAN PENGAJIAN PERCUMA

Share This Post

Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang untuk menikmati yuran pengajian percuma sepanjang pengajian mereka menerusi Skim Dermasiswa bagi Program Tahun Asas di Universiti Selangor (UNISEL).
 
Skim Dermasiswa merupakan inisiatif UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor untuk membuka peluang pendidikan seluas-luasnya kepada semua lapisan masyarakat merentasi negeri dan kaum terutamanya golongan yang tidak berkemampuan.
 
Hasil usaha sama ini jelas dengan adanya pengecualian yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Program Tahun Asas yang layak. Skim Dermasiswa ini bukan sahaja terbuka buat rakyat Selangor malah kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Lima program pengajian yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU) adalah Program Asas Sains, Program Asas Teknologi Maklumat, Program Asas Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), Program Asas Pengurusan dan Program Asas Sastera.
 
Apa yang lebih menarik, Program Asas di PADU ialah penawaran Trek Huffaz yang menjurus kepada kursus-kursus pendidikan Islam dan hafazan. Pelajar Trek Huffaz juga akan mendapat sijil tambahan daripada Pusat Islam UNISEL melalui penilaian daripada masjid UNISEL.
 
Kelebihan yang terdapat di PADU seperti barisan tenaga pengajar yang berkelayakan, kokurikulum yang menitikberatkan elemen pembangunan sahsiah serta fasiliti yang cukup lengkap adalah faktor utama yang menjadikan Program Asas UNISEL pilihan ribuan pelajar yang telah menamatkan pengajian disini.
 
UNISEL juga amat menitikberatkan elemen ‘Mahasiswa Budiman’ bagi membentuk jati diri dan menaiktaraf kemahiran kendiri dalam kalangan pelajar. Bakal pelajar bakal didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti selain akademik melalui kelab Program Asasi.
 
Dalam pada itu, PADU juga sangat menjaga kebajikan pelajar dengan menawarkan Klinik Matematik dan Buddy System untuk membantu pelajar yang lemah dalam Matermatik dan kursus-kursus yang melibatkan pengiraan.
 
Kesihatan mental pelajar juga akan dipantau sebaik mungkin melalui sistem Mentor-Mentee di mana pelajar akan ditempatkan di bawah pensyarah untuk pemantauan prestasi akademik dan bukan akademik.
 
Pelbagai persediaan telah dijalankan oleh pihak PADU termasuklah beberapa proses untuk membolehkan pelajar mendapat persijilan tambahan seperti dalam kursus pengkomputeran sebagai nilai tambah untuk melahirkan graduan kompeten dan kompetitif apabila melangkah ke alam kerjaya kelak.
 
Dari aspek kemudahan, UNISEL antara institusi pengajian tinggi swasta pertama di Malaysia yang menyediakan pengalaman belajar seperti universiti awam dengan panorama kampus hijau. UNISEL juga mempunyai kemudahan asrama yang sangat kondusif dan selamat di kampus Bestari Jaya.
 
Menerusi projek transformasi di bawah pimpinan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya (KKBJ) kini dinaik taraf bagi menjamin keselesaan pelajar-pelajar di sini.
 
Berkonsepkan apartment tiga bilik, seperti dua bilik air, ruang tamu luas, dapur serta ruang ampaian bagi setiap unit.
 
Selain menitik beratkan kemudahan dan reka bentuk dalaman, KKBJ juga turut menyediakan kemudahan luar bagi aktiviti sukan antaranya gelanggang futsal (outdoor), sepak takraw, bola tampar, badminton dan gymnasium (outdoor) dan Ini adalah untuk memastikan pelajar sentiasa kekal aktif serta sihat.
 
Kepada anda di luar sana khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UNISEL. Kemasukan terkini adalah pada 30 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi UNISEL di www.unisel.edu.my.
 
Untuk mendaftar, anda boleh terus ke pautan http://apply.unisel.edu.my/. Sebarang pertanyaan boleh terus ke Pejabat Pemasaran dan Kemasukan UNISEL di kedua-dua buah kampus, Shah Alam dan Bestari jaya atau hubungi talian 03-5522 3400 atau Whatsapp ke 018-3816 472 / 018-3566 703 / 018-3728 049 / 018 – 3788 756.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
21 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi