UNISEL TERIMA LAWATAN KERJA PNSB

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) diketuai oleh En. Mohd Helmi Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi PNSB. Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja bagi tujuan projek laluan ke Bird Sanctuary yang terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Delegasi PNSB tersebut tiba pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Prof Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti. Satu sesi perbincangan turut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat yang turut dihadiri oleh pengurusan UNISEL.
 
Dalam pada itu, pihak PNSB turut berpeluang melawat Bird Sanctuary yang terletak di tasik yang berkeluasan kira-kira 20 ekar. Bird Sanctuary ini merupakan salah satu usaha terkini pihak UNISEL bagi menjaga ekosistem semulajadi di perkarangan universiti.
 
Bird Sanctuary ini juga bakal membuka peluang kepada pemerhati burung untuk melihat sendiri kewujudan pelbagai spesis burung disamping menjadi tumpuan ahli sains membuat penyelidikan kepada pola tingkah laku spesis burung yang terdapat di sini.
 
Di akhir sesi lawatan, delegasi PNSB dibawa untuk menjamu selera bersama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
29 Mac 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi