Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Deligasi MBI yang terlibat dalam lawatan tersebut adalah Pn. Hajah Norita binti Mohd. Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Nor Izah binti Raja Jaafar, Pengarah Strategi Korporat MBI dan Encik Mohd Ramali bin Abu Bakar, Pengarah Komunikasi Korporat MBI.
Kunjungan tersebut merupakan salah satu lawatan perangkaan MBI dan UNISEL bagi membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak sekali gus membuka cadangan potensi menjayakan program-program masa hadapan.
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam pada itu mengetuai lawatan ke sekitar Bangunan Canseleri Kampus Bestari Jaya dan menerangkan beberapa pelaksanaan terkini serta berkongsi kejayaan yang dikecapi sepanjang empat tahun beliau menerajui transformasi UNISEL.
Dalam pada itu, Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat ke atas Puan Hajah Norita Binti Mohd Sidek atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang baharu.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
 

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi