UNISEL TERIMA LAWATAN YB TUAN HEE LOY SIAN

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli. Kunjungan tersebut merupakan lawatan tapak bagi projek Bird Sanctuary yang terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
YB Hee Loy Sian tiba di perkarangan UNISEL kampus Bestari Jaya pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
Beliau dibawa melawat ke tapak Bird Sanctuary yang terletak di tasik berkeluasan kira-kira 1.5 juta meter persegi. Bird Sanctuary ini merupakan salah satu usaha terkini pihak UNISEL bagi menjaga ekosistem semulajadi di perkarangan universiti.
 
Dalam pada itu, Bird Sanctuary juga bakal membuka peluang kepada pemerhati burung untuk melihat sendiri kewujudan pelbagai spesis burung disamping menjadi tumpuan ahli sains membuat penyelidikan kepada pola tingkah laku spesis burung yang terdapat di sini.
 
Turut berlangsung demonstrasi dron bertujuan untuk meninjau kawasan sekitar Bird Sanctuary terutama sekali dua buah pulau habitat burung yang terdapat di sini.
 
Di akhir sesi lawatan, YB Hee Loy Sian turut dibawa untuk melawat ke Laman Bestari dan Rumah Hijau UNISEL serta ke Bilik Mesyuarat Senat bagi sesi taklimat berkenaan UNISEL yang disampaikan oleh Presiden dan Naib Canselor.
 
Turut hadir sepanjang sesi lawatan adalah En. Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Dato’ Ismail Yusup, Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan, serta barisan pegurusan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
8 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi