UNISEL TEROKA KERJASAMA BAHARU BERSAMA MUIS

Share This Post

Kota Kinabalu – Lawatan kerja ke Sabah yang di ketuai Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor hari ini ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
 
Program sekitar jam 2.00 petang direncana setelah pertemuan bersama University College Sabah Foundation (UCSF) serta Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sebelah pagi.
 
Delegasi disambut baik oleh Tn. Wan Mohd Zakri Wan Yaacob, Penolong Setiausaha Kanan MUIS serta beberapa pegawai beliau yang turut meraikan kehadiran UNISEL pada hari ini.
 
Menerusi pertemuan, Presiden dan Naib Canselor sempat berkongsi sedikit sebanyak perancangan UNISEL dalam meningkatkan jumlah pelajar terutama dari Sabah.
 
Tambah Beliau, UNISEL kini dalam usaha terus membuka lebih ruang serta peluang kepada pelajar Sabah bagi melanjutkan pengajian di UNISEL dengan pelbagai tawaran menarik.
 
“Selain menawarkan kepelbagaian jurusan, pihak UNISEL turut menyediakan pelbagai kemudahan dari segi fasiliti pembelajaran mahupun kemudahan asrama,” ujar beliau.
 
Beliau dalam pada itu tidak menolak sekiranya pihak MUIS sudi bekerjasama dalam menyedia bantuan pendidikan kepada pelajar Sabah dari golongan Asnaf serta B40
 
Lawatan di MUIS berakhir sekitar jam 3.40 petang dengan kedua-dua pihak bertukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan setelah semua perbincangan berjalan lancar.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi