UNISEL, UCFS & KYS TEROKA RUANG KERJASAMA

Share This Post

Lawatan kerja ke Sabah pada hari ini (13 Disember 2022) diteruskan lagi dengan pertemuan bersama pihak University College Sabah Foundation (UCFS) atau turut dikenali sebagai Kolej Universiti Yayasan Sabah.
 
Delegasi UNISEL yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disambut mesra oleh Dr. Rafiq Idris, Naib Canselor serta barisan kepimpinan UCFS setibanya disini.
 
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Tn. Asman Dulamid & Pn. Irene Vung, Pengurus Unit Tajaan serta beberapa pegawai Bahagian Pinjaman Pendidikan Yayasan Sabah.
 
Fokus pertemuan lebih kepada kerjasama yang boleh diteroka selepas ini. Hasilnya, perbincangan yang berlangsung lebih dua jam menampakkan tanda positif yang mana ruang kerjasama susulan boleh dimeterai.
 
Untuk makluman, Sabah merupakan negeri yang menyumbang pelajar antara yang teramai sebelum ini ke UNISEL dan perkara ini turut ditegaskan oleh Presiden & Naib Canselor UNISEL sebelum ini.
 
Bagi maksud berikut, sudah tentu lawatan kerja ini adalah antara usaha bagi menambah jumlah bilangan pelajar Sabah ke UNISEL serta membuka ruang kerjasama lebih erat bersama Institusi berkaitan di Sabah.
 
Di akhir majlis, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda kenang- kenangan. Majlis yang berakhir sekitar jam 11.00 pagi disusuli dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak UCFS.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi