UNISEL UNIVERSITI PERTAMA DI DUNIA TERAJUI PENGGUNAAN FISHINGTAG DI DALAM KAMPUS

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menjadi universiti pertama di dunia yang telah menerajui penggunaan FishingTAG di Tasik The Tomanz yang terletak di Kampus Bestari Jaya.
 
Majlis Pelancaran FishingTAG The Tomanz X Monstercraft telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2022 di Pesta Konvo 2022 pada sebelah petang Istiadat Sidang 2 berakhir.
 
Di majlis yang sama juga turut berlangsungnya penerangan dan tutorial pengunaan aplikasi FishingTAG yang disampaikan oleh Vincent Gan Chee Hong dan David Lee Chuan Yin, Managing Director Monstercraft Fishing.
 
FishingTAG merupakan aplikasi yang digunakan untuk aktiviti memancing dimana ia mempunyai fungsi pengukur ikan secara digital. Antara ciri lain yang terdapat dalam aplikasi tersebut adalah pemancing boleh menganalisis air pasang berdasarkan cuaca.
 
Malah pengguna juga dapat menjalankan cabaran memancing bersama anglers (pemancing) dari seluruh dunia. Aplikasi FishingTAG boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Store.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
6 Februari 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi