UNIVERSITI SELANGOR METERAI KERJASAMA DENGAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) pada 1 Mac 2022 di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Kampus Bestari Jaya.

Majlis menandatangani MoU di antara UNISEL dengan YAWAS yang disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak YAWAS disempurnakan oleh Puan Gan Pei Nei, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) disaksikan oleh En. Danial Al Rashid Bin Haron Aminar Rashid, Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS).

UNISEL telah melaksanakan usaha memberdaya OKU seiring dengan usaha transformasi UNISEL yang dimulakan pada Januari 2016. Usaha ini bukan sekadar atas nama pematuhan polisi dan dasar, namun Ia merangkumi satu usaha mengangkat masyarakat Budiman yang terangkum dalam pembinaan watak dan karekter terutama dalam dasar Mahasiswa Budiman.

Selain itu, MoU ini juga merupakan inisiatif awal dalam menawarkan kerjasama dan kepakaran yang ada bagi membantu dasar-dasar kerajaan negeri Selangor. UNISEL juga bersedia dalam komitmen khusus melibatkan program holistik menerusi Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kecemerlangan UNISEL, Fakulti Pendidikan & Sains Hayat serta Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran di samping menawarkan kemudahan yang ada di UNISEL ini.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, ini merupakan satu platform dalam menyalurkan perkhidmatan yang terbaik kepada warga OKU dan bekerpluan khas. UNISEL sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran dan kemudahan yang mampu menyokong pelajar kelompok ini untuk bergerak bebas dan berdikari serta dapat menjalani kehidupan yang baik di UNISEL.

Majlis dalam pada itu menganugerahkan penghargaan bagi pertandingan mencipta logo ANIS yang dimenangi oleh Sdr. Arshad bin Zaib (tempat ketiga), Mohd Ameerul Izzat bin Sohaimee (tempat kedua), dan Hamdan bin Md Hashim (tempat pertama).

Turut hadir sepanjang majlis berlangung adalah Yang Berhormat Puan Dr. Siti Mariah Binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga, Ahli-ahli Majlis Penasihat ANIS (MPA), serta Barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
1 Mac 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi