WARGA UNISEL TUNAI IBADAH KORBAN & AKIKAD SEMPENA AIDILADHA

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam UNISEL hari ini menjayakan satu program Ibadah Korban dan Akikah peringkat universiti yang berlangsung di Masjid UNISEL, Kampus Bestari Jaya.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL menyifatkan program Ibadah Korban dan Akikah ini mengimarahkan lagi program tahunan universiti yang sudah dua tahun kita tidak dapat laksanakan sempena Hari Raya Aidiladha.
 
Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan pada hari ini merangkumi sumbangan seekor lembu daripada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan selebihnya merupakan sumbangan penyertaan daripada kakitangan dan Ahli Qariah Masjid UNISEL.
 
Daging korban tersebut diagihkan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL kepada peserta-peserta program dan kakitangan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
12 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi