YAD RAJA TAN SRI DATO’ SERI ARSHAD ALHAJ DILANTIK SEMULA CANSELOR UNISEL

Share This Post

YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj disytihar sebagai Canselor Universiti Selangor (UNISEL) bagi tempoh lima tahun bermula 1 Mac 2021 hingga 28 Februari 2026 di dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bestari Jaya, hari ini.
 
Jika sebelum ini, watikah pelantikan Canselor diadakan di Istana Bukit Kayangan dan disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idrus Shah Ibni Almarhum Suktan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor.
 
Berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Canselor kali ini diadakan di UNISEL Bestari Jaya dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS (PIYSB).
 
Ini merupakan lantikan semula YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj sebagai Canselor bagi penggal ketiga. Untuk rekod, beliau mula dilantik sebagai Canselor UNISEL pada 21 Februari 2011.
 
Dalam majlis yang sama, UNISEL turut mengisytiharkan YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki dan YAD Tan Sri Dato’ Setia Ismail Adam yang disambung semula pelantikan sebagai Pro Canselor bagi penggal baharu bermula 1 Mac 2021 hingga 29 Februari 2024.
 
Selesai majlis, kesemua dif kehormat dibawa melawat ke Pusat Kawalan CCTV UNISEL. Dalam masa yang sama, Majlis Perasmian Pusat Kawalan CCTV UNISEL turut berlangsung dan disempurnakan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj disaksikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, barisan Ahli Lembaga Pengarah PIYSB, pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai kanan universiti.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi