E-SKUTER KINI DI UNISEL BESTARI JAYA

Share This Post

Dalam usaha untuk menyokong inisiatif teknologi hijau di dalam kampus, Universiti Selangor (UNISEL) telah bekerjasama dengan Beam Mobility Malaysia bagi penyediaan e-skuter Beam untuk digunakan oleh pelajar serta warga kampus Bestari Jaya.
 
Majlis pelancaran anjuran Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan telah berlangsung di UNISEL Bestari Jaya menyaksikan Sharvin Sivakumar, wakil Beam Mobility Malaysia menyerahkan e-skuter Beam kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
Bagi maksud berikut, bermula minggu hadapan, 100 e-skuter Beam diperingkat permulaan bakal menjadi pengangkutan alternatif yang akan memberi kemudahan perjalanan kepada pelajar ke bangunan fakulti, dewan kuliah, pusat sukan dan kolej kediaman.
 
Tambah menarik, pihak Beam Mobility Malaysia akan turut membuka peluang pekerjaan secara sambilan kepada pelajar di kampus Bestari Jaya bagi membantu tadbir urus e-skuter di dalam kampus selepas ini.
 
Penggunaan e-skuter Beam di kampus Bestari Jaya dijangka akan meningkatkan mobiliti pelajar dengan lebih baik selain mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan kereta di kampus dan merendahkan pelepasan karbon.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
3 Mei 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi