TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU UNISEL KEMASUKAN NOVEMBER 2023

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan November 2023. Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya itu merupakan kesinambungan bagi Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) pelajar baharu yang bermula semalam dan akan berakhir pada 18 November 2023.
 
Program yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan minggu suai kenal bagi pelajar-pelajar baharu yang dikelolai oleh Fasilitator MTS Budiman di bawah Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.
 
Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
 
“Dalam konteks universiti, UNISEL mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan staf yang sangat komited serta mempunyai fasiliti serba kondusif bagi para pelajar untuk merasai suasana kampus sebenar”,katanya.
 
Tambah beliau lagi, sudah pasti ikrar yang dilafazkan oleh para pelajar baharu ini akan membawa pengertian besar buat mereka sepanjang bergelar mahasiwa di sini. Beliau berharap agar para pelajar baharu dapat membanggakan ibu bapa dan keluarga masing-masing dalam mencapai kejayaan dan menjadi insan yang cemerlang.
 
Majlis diteruskan dengan lafaz ‘Ikrar Aku Janji Pelajar Kolej Kediaman UNISEL’ dan ‘Ikrar Mahasiswa Mahasiswi Baharu’. Deklamasi sajak disampaikan oleh sdri. Nur Aliyah Maisarah, pelajar baharu kemasukan November serta Presiden dan Naib Canselor turut mewarnai ‘kolam’ bertemakan bendera Palestin sebagai simbolik Solidariti Palestin.
 
Kepada bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan November 2023 akan dilanjutkan sehingga 1 Disember 2023.
 
Pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
17 November 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi