Tanaman herba bukan sahaja dapat mewujudkan suasana landskap hijau di sekitar kampus malah turut memberi manfaat lain antaranya dijadikan ulaman dalam masakan dan perubatan tradisional serta bahan kajian diperingkat Universiti.Bagi maksud berikut; Universiti Selangor (UNISEL) kini telah membangunkan projek Taman Herba sebagai salah satu projek dalam Taman Bestari yang sedia ada bagi melestarikan lagi suasana sekitar kampus Bestari Jaya.

Taman Herba dibangunkan oleh Dr Mohd Norazwan A. Bakar, Pengarah Projek Penghijauan & Pembangunan Rekreasi ini merupakan ilham daripada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor setelah melawat ke Taman Herba, Tasik Kenyir kira-kira dua tahun lepas. Hasilnya, tanah seluas 12 ekar telah diperuntukkan daripada keluasan keseluruhan 60 ekar projek Taman Bestari untuk membangunkan Taman Herba. Sehingga ke hari ini, hampir 5 ekar tanah telah digunakan untuk menanam beberapa jenis tanaman herba.

Antara tanaman yang berjaya ditanam di Taman Herba ini adalah pokok asam jawa, mas cotek (Ficus deltoidea), bayam Brazil (Althernanthera sissoo), limau kasturi, lada hitam (Piper nigrum), dan serai wangi (Cymbopogon nardus) dan pelbagai lagi.Sedikit fakta tambahan, selain menempatkan Taman Herba, Taman Bestari juga menempatkan beberapa taman lain termasuklah Taman Jepun dan yang akan datang ‘Quranic Garden’ yang sedang dalam fasa pelaksanaan.

Lebih menarik, di sekitar Taman Herba turut disediakan kemudahan rekreasi seperti trek joging, medan memanah dan ‘golf driving ranges’. Selain itu, Taman Herba juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dan pernah digunakan oleh pelajar di sini.Kepada anda diluar sana yang ingin menikmati keindahan Taman Herba serta kemudahan lain di UNISEL, bolehlah mendaftar sebagai pelajar di sini. Caranya mudah sahaja, layari laman sesawang di www.unisel.edu.my atauboleh hubungi talian 03-5522 3400 @ whatsapp ke 018-5714 084 / 018-5714 087.