UNIVERSITI PERTAMA TERIMA KUNJUNGAN RASMI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menjadi universiti tempatan pertama di Malaysia yang menerima kunjungan rasmi YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
 
Kehadiran beliau adalah bagi menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil bertajuk “Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia” kepada lebih 4,000 tetamu terdiri daripada warga Universiti serta agensi kerajaan dan swasta di Selangor.
 
Kunjungan secara rasmi sebagai Perdana Menteri kali ini amat dinantikan oleh seluruh warga UNISEL memandangkan ini merupakan kunjungan keempat beliau ke UNISEL setelah tiga kunjungan sebelum ini yang berlangsung pada tahun 2009, 2018 dan 2022.
 
Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya ini merupakan salah satu program rasmi di bawah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) serta Kursi Siddiq Fadzil bernaung di bawah UNISEL.
 
Institut ini berperanan bagi menjalankan kajian untuk membumikan pemikiran Almarhum Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang merupakan bekas Profesor Adjung UNISEL dalam bidang agama, sastera, kemasyarakatan dan kepimpinan.
 
Dalam perkembangan yang sama, Kerajaan Negeri sebelum ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta untuk melengkapkan penubuhan IPKSF menerusi pengumuman Belanjawan Selangor 2022 oleh Dato’ Menteri Besar Selangor.
 
Tambah menarik, Dato’ Menteri Besar Selangor juga telah menjanjikan tambahan RM4 juta lagi bagi membolehkan IPKSF berkembang pesat dan mencapai matlamat penubuhan semasa majlis perasmian oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Februari 2022.
 
Hari ini menjadi kemuncak kepada penubuhan IPKSF apabila YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta lagi bagi terus memperkasa tujuan serta matlamat penubuhan Institut.
 
Selesai ucaptama, beliau merasmikan penubuhan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil dan melancarkan Yayasan UNISEL yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty bagi terus membantu para pelajar.
 
Selesai program di dalam dewan, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke bawah khemah berhadapan Dewan Canselor untuk beramah mesra bersama sebahagian pelajar-pelajar UNISEL yang setia menunggu dari jam 7 pagi.
 
Turut hadir YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Dr Muhd Nur Manuty, Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) dan Puan Hajah Norita Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
09 Februari 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi