UNISEL SUMBANG SET CARE KIT KEPADA 1045 CALON SPM 2020 SEKITAR BESTARI JAYA

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) menyedia serta mengagihkan Set ‘Care Kit’ yang mengandungi ‘hand sanitizer’, bekas penyimpan pelitup muka dan kad ucapan selamat berjaya kepada 1045 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekitar Bestari Jaya yang bakal menduduki peperiksaan secara bersemuka tidak lama lagi.
 
Calon SPM 2020 yang menerima Set ‘Care Kit’ tersebut merupakan pelajar dari SMK Rantau Panjang, SMK Taman Desa, Bandar Country Homes, SMK Bukit Kuching Tengah, SMK Raja Muda Musa, SMK Sultan Sulaiman dan Pelajar Smart Tahfiz UNISEL. Inisiatif yang diambil oleh kumpulan CSR dari Jabatan Kejuruteraan FKSH ini adalah atas keperihatinan mereka terhadap calon-calon SPM yang bakal menghadapi peperiksaan dalam keadaan norma baharu.
 
Menurut Dr Nazlin Hanie Abdullah, yang merupakan ketua projek bagi program ini berkata, sebanyak 1045 unit ‘Set Care Kit’ berjaya dihasilkan dan diagihkan ini adalah hasil Kerjasama pasukannya yang terdiri daripada beberapa orang pensyarah dan staf teknikal FKSH serta sumbangan dari Alumni dan UNISEL sendiri.
 
Penyerahan ‘Set Care Kit’ tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fridelina Sjahrir, Dekan FKSH kepada guru di sekolah-sekolah yang terlibat. Beliau turut berharap agar calon-calon SPM dapat menjawab soalan dengan yakin dan inisiatif ini dapat merapatkan lagi hubungan dua hala di antara UNISEL dan sekolah-sekolah sekitar Bestari Jaya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi