Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi satu ‘University Social Responsibility’ (USR).
 
Penyerahan tersebut dilaksanakan oleh Pn. Siti Marhamah binti Rosman, Timbalan Pengarah JPAPP kepada penerima sumbangan iaitu En. Zulkafley bin Hamid, wakil Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah.
 
Sumbangan yang telah dilaksanakan ini merupakan keprihatinan UNISEL terhadap permohonan pihak penerima bagi memastikan keselesaan mereka terjamin bahkan ia merupakan salah satu ‘University Social Responsibility’ (USR).
 
UNISEL berharap agar sumbangan tanggungjawab sosial ini memberi manfaat kepada pengguna di Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah.
 
Sumber; JABATAN PENGURUSAN ASET & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN (JPAPP)
22 Mac 2024

More News

Latest News

JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang menganjurkan Jelajah Hari Terbuka UNISEL 2024 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang. Program yang mengangkat