BAYARAN KHAS, KENAIKAN GAJI BUAT KAKITANGAN UNISEL – PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR

Share This Post

Kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) bakal menerima durian runtuh sebulan gaji pokok sebelum perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
 
Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman berkata, pemberian bayaran khas bagi kakitangan berprestasi dan bertatalaku baik itu sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti mereka yang komited menjalankan tugas sepanjang tahun.
 
Lebih menggembirakan lagi, beliau turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan kepada semua kakitangan yang layak.
“Kita menyedari semua kakitangan telah berusaha bekerja dengan begitu keras sekali untuk memastikan UNISEL terus cemerlang dan Alhamdulillah kita merasa sangat gembira dengan pencapaian tersebut,”
 
Oleh itu, bayaran khas serta kenaikan gaji tahunan ini sebagai sumbangan pihak univeristi kepada kakitangan,” ujar beliau semasa Perhimpunan Bulanan Mac 2024 yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya.
 
Jelas beliau lagi, bayaran khas dan kenaikan gaji tahunan itu akan melibatkan semua kakitangan sama ada kontrak dan tetap yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia.
 
Dalam masa sama, beliau berharap bayaran khas Aidilfitri itu dapat meringankan beban kakitangan dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi