BAPA YAKIN UNISEL PILIHAN TERBAIK

Share This Post

Impian seorang bapa untuk melihat anak keduanya bergraduat pada hari ini tercapai selepas anaknya menjadi salah seorang daripada 1319 graduan yang menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-16.
 
Ahmad Nordin,52, bapa kepada graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan berkata, ini merupakan Istiadat Konvokesyen UNISEL yang ketiga dihadiri oleh beliau pada tahun ini.
 
“Sebelum ini, dua orang anak perempuan saya juga merupakan graduan UNISEL. Anak pertama saya bergraduat pada bulan Februari 2022 manakala anak ketiga bergraduat pada bulan Jun 2022 yang lepas,”
 
Lebih menarik, keempat-empat orang anaknya merupakan penerima biasiswa Karangkraf. Menurut Ahmad Nordin, beliau memilih UNISEL kerana lokasi kampus (Shah Alam) berdekatan dengan kediaman keluarganya.
 
“UNISEL menyediakan kemudahan yang sangat baik dan memberi keselesaan kepada anak saya. Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk menghantar kesemua anak saya untuk belajar di sini,”
 
“Saya yakin formula ini (menghantar semua anak ke UNISEL) dapat merapatkan hubungan silaturrahim disamping memupuk sikap bantu-membantu dalam kalangan anak-anaknya,” ujar beliau.
 
Dalam pada itu, beliau amat mengkagumi figura Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
“Saya mengikuti perkembangan Prof. Redzuan dari dulu hingga kini. Saya sentiasa membaca karakter dan cerita beliau. Saya tahu beliau adalah seorang pemimpin yang sangat berdedikasi dan disebabkan beliau jugalah saya yakin dengan UNISEL,” ujar beliau mengakhiri bicara.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
3 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi