EXCO PERUMAHAN DAN KEBUDAYAAN RASMI JELAJAH HARI TERBUKA DI PANTAI BATU LAUT

Share This Post

YB Tuan Borhan Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor hari ini merasmikan Jelajah Hari Terbuka “Malaysia Madani, UNISEL Depani” yang berlangsung di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat.
 
Jelajah ini merupakan anjuran Universiti Selangor dengan kerjasama Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor serta Pusat Khidmat DUN Tanjong Sepat.
 
Beliau dalam ucapan perasmian merakamkan ucapan terima kasih kepada UNISEL dibawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL kerana memilih Batu Laut di Tanjong Sepat sebagai lokasi pilihan untuk penganjuran program ini.
 
“Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak UNISEL jelas dalam mendokong aspirasi Kerajaan Perpaduan dengan membantu memberikan pengenalan dan penerangan konsep Malaysia Madani kepada seluruh masyarakat khususnya di Negeri Selangor ini,”
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang sudah bertapak lebih 20 tahun, sudah menjadi peranan UNISEL dalam membangunkan masyarakat melalui aktiviti berteraskan pendidikan menerusi program tanggungjawab sosial korporat seperti jelajah ini.
 
Jelajah Hari Terbuka berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Oktober 2023. Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan antaranya sukan rakyat, pertandingan sukan, bicara ilmiah, persembahan artis dan banyak lagi.
 
Jelajah ini turut disertai agensi kerajaan dan swasta antaranya Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), KDEB Waste Management, Institut Darul Ehsan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Bank Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Warisan Anak Selangor, Selcare, Persatuan Bola Sepak Selangor, Perbadanan Perpustaakan Awam Selangor & Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Turut serta ialah dua agensi di bawah Exco Perumahan dan Kebudayaan iaitu Perbadanan Adat Melayu & Warisan (PADAT) dan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS).
 
Hadir sepanjang majlis adalah Puan Norain Mohamed, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan Persekitaran MPKL, Dr. Shahrul Nizam Ahmad Zamzali, Pengurus Besar Selgate Healthcare Sdn Bhd, ASP Rino Irwan Shukaime dari Ibupejabat Polis Kuala Langat, ahli-ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Kuala Langat & Majlis Perbandaran Sepang, barisan pengurusan UNISEL serta ketua-ketua kampung DUN Tanjong Sepat.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
21 Oktober 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi