Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) semalam menerima kunjungan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja bagi tujuan perbincangan tiga hala di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Delegasi PNSB & MBI tersebut tiba pada jam 3.00 petang. Satu sesi perbincangan turut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat yang turut dihadiri oleh pengurusan UNISEL. Para delegasi dibawa menjamu selera terlebih dahulu usai sesi perbincangan.
 
Dalam pada itu, pihak PNSB & MBI turut berpeluang melawat Tasik Lindungan Burung dengan menaiki Kimple Boat yang terletak di tasik yang berkeluasan kira-kira 150 ekar. Tasik ini merupakan salah satu usaha terkini pihak UNISEL bagi menjaga ekosistem semulajadi di Universiti Selangor.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
25 Oktober 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi