IJAZAH INI HADIAH KEPADA IBU DAN AYAH SAYA- MIERUL AIMAN

Share This Post

Impian pelakon drama bersiri Projek:High Council, Mierul Aiman memiliki ijazah sarjana muda tercapai selepas muncul sebagai seorang daripada 1306 graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-17 di Kampus Bestari Jaya, hari ini.
 
Mierul Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.
 
Mierul Aiman berkata, kejayaan yang dikecapi ini adalah hadiah kepada kedua ibu bapanya iaitu Sharul Anita Mohamad dan Norazman Ismail.
“Pelbagai kenangan pahit dan manis saya kecapi sepanjang bergelar mahasiswa UNISEL namun saya gembira kerana pengorbanan itu akhirnya membuahkan hasil,” katanya.
 
Beliau turut menitipkan pesanan kepada pelajar UNISEL yang masih menuntut agar belajar bersungguh-sungguh dan ciptalah sebanyak mana memori sepanjang bergelar mahasiswa.
 
Beliau menerima ijazah sarjana muda pada Sidang 2 istiadat yang disampaikan oleh Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki, Pro Canselor UNISEL. Turut hadir Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan
Naib Canselor serta barisan pengurusan tertinggi universiti.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
10 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi