KERJASAMA UNISEL-PHCDC MARTABATKAN KEMAHIRAN INDUSTRI

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) melaksanakan satu kerjasama dengan Perak Human Capital Development Center (PHCDC) menerusi satu Memorandum Persefahanan (MoU) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Bestari Jaya.
 
MoU tersebut ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dan disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokmaa Binti Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak PHCDC pula ditandatangi oleh En. Thillainathan Subramaniam, Ketua Pegawai Eksekutif PHCDC dengan disaksikan oleh Dr. Jagdev Singh Grewal, Pengarah Komunikasi Korporat PHCDC.
 
Kerjasama tersebut meliputi beberapa aspek antaranya platform praktikum pelajar dan peluang penyerapan pekerjaan. Selain itu, kerjasama ini juga memberi impak terhadap kefahaman industri khususnya buat pensyarah dan pelajar Jabatan Pengkomputeran serta kakitangan Pusat Teknologi Maklumat.
 
“Dengan kerjasama ini, saya yakin ianya dapat memberi banyak manfaat terhadap kedua-dua belah pihak lebih-lebih lagi dalam pelbagai program professional kendalian PHCDC antaranya ‘Big Data Analytics’ dan ‘Machine Learning”, ujar Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Perak Human Capital Development Center (PHCDC) merupakan salah satu Pusat Pembangunan Modal Insan Holistik seumpamanya yang memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dan pemerkasaan.
 
Menurut Dr. Jagdev Singh Grewal, Pengarah Komunikasi Korporat PHCDC, beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai satu langkah dalam memperkembangkan nilai insaniah para pelajar serta melebarkan peluang kerjaya para graduan dengan menyediakan program latihan kemahiran berkhususkan teknologi.
 
Turut hadir sepanjang majlis tersebut adalah barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL, Prof. Madya Dr. Wan Azlan Bin Wan Hassan, Dekan FCVAC serta pensyarah-pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC).
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
5 April 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi