LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2023 TINGKAT KEPERIBADIAN MAHASISWA BUDIMAN

Share This Post

Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar baharu kemasukan April 2023 yang bermula pada 6 April 2023 melaksanakan Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
 
MTSB yang berakhir pada 8 April 2023 itu merupakan minggu suai kenal antara pelajar-pelajar baharu dan dikelolai sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.
 
Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucaptamanya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
 
“Dalam konteks universiti, UNISEL mempunyai tenaga profesional dan staf yang komited bagi membimbing dan mendidik hingga keberjayaan setiap pelajar dikecapi”, ujar beliau.
 
Tambah beliau lagi, dengan rasminya anda bergelar mahasiswa mahasiswi UNISEL hari ini, sudah pasti ikrar yang dilafazkan membawa pengertian besar. Oleh itu, pastikan anda membanggakan ibu bapa dan keluarga masing-masing dalam mencapai kejayaan serta perbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik.
 
Para pelajar baharu bersama-sama melafazkan ‘Ikrar Aku Janji Pelajar Kolej Kediaman UNISEL’ dan ‘Ikrar Mahasiswa Mahasiswi Baharu’ dengan penuh keazaman yang tinggi serta simbolik penerimaan pelajar baharu turut disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan April 2023 akan dilanjutkan sehingga 5 Mei 2023.
Pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 018-5714084.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
7 April 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi