LIMA GRADUAN ORANG ASLI TERIMA DIPLOMA UNISEL

Share This Post

Mahu mengubah nasib keluarga dan menjadi contoh kepada masyarakat Orang Asli mendorong lima sekawan menyambung pengajian mereka ke Universiti Selangor (UNISEL).
 
Mereka adalah Rosnurmisya A/P Radin, Rossihan A/P Angah, Elissa A/P Mahadil, Sasarika A/P Alias dan Jesycca A/P Jose. Kelima-lima mereka merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial.
 
Kesemua mereka menerima penganugerahan diploma daripada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor sempena sidang ketiga Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-17.
 
Menurut Rosnurmisya, dia tidak menyangka dapat menamatkan pengajian memandangkan pada awalnya minat beliau pada program pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) agak kurang. Namun, beliau mengambil itu sebagai satu cabaran dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian.
 
Graduan tajaan Biasiswa Sagong Tasi itu berkata, beliau amat bersyukur kerana UNISEL membuka peluang seluasnya kepada pelajar dari masyarakat Orang Asli untuk melanjutkan pengajian.
 
Bagi Rossihan, beliau berasa sangat seronok dapat melanjutkan pengajian di UNISEL kerana dapat terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh universiti. Malah, beliau juga gembira kerana dapat bergraduat dengan rakan sebangsanya.
 
Presiden dan Naib Canselor dalam pada itu memberi pengharapan yang tinggi kepada kelima-lima graduan untuk menjadi duta kepada masyarakat Orang Asli khususnya di negeri Selangor.
 
“UNISEL menyediakan peluang pendidikan kepada semua. Saya berharap agar kesemua lima pelajar dari masyarakat Orang Asli dapat menjadi pemangkin kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk melanjutkan pengajian di UNISEL,” katanya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
10 September 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi